Let's Grab the Offer!!!!

Thursday, November 10, 2011

Coklat Comel

akhirnya...dapat juga belajar buat coklat comel-comel ni...punya la lama tunggu...huhu.. pape pun thanks to my cousin Kak Long...hopefully after this i can fulfill my dream nak buat business coklat...=D

macam-macam design..=D


coklat dengan huruf..=D
 
yang ni special 4 my honey =D.. F = Faridzuan..

nice..=D


cute lolipop design...=D

Photobucket

Saturday, October 1, 2011

Cara-cara tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa (Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama)

Untuk student yang dapat Kelas Pertama dengan Kepujian...korang boleh la apply untuk petukaran pinjaman ke biasiswa ni...tapi macam biasa lah...ade la prosedur-prosedur yang korang kene ikut...untuk tengok pekeliling tentang pertukaran ni...korang leh la bace kat link ni ea untuk lebih faham situasi dan syarat-syaratnya.(PEKELILING PENUKARAN PINJAMAN KE BIASISWA) Antara maklumat penting yang ade kat dalam pekeliling ni korang boleh tengok kat bawah ni okey =D:


SYARAT-SYARAT UNTUK PERMOHANAN LAYAK DIPERTIMBANGKAN: 


DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR KE PTPTN:

 
Korang perlu hantar semua dokumen ni beserta dengan surat permohonan.  Surat permohonan tu korang taip la sendiri...simple pown okey...just mention name korang...pointer kelas pertama tu berapa...no.ic...dan maklumat-maklumat peribadi yang penting.  Untuk student UiTM...dokumen yang ke (iv) tu...x perlu sertakan pown...sebab UiTM memang da diiktiraf dan diketahui umum...=D
Untuk pengesahan...make sure korang amik cop dari pegawai yang betul.  Macam aku aritu..aku amik kat Timbalan Pegawai Pendaftar HEA...jangan korang amik kat HEP pulak okey...nak amik cop ni...boleh pegi kat bangunan Canseleri yang cantik tu...=D

Jangan lupe jugak untuk sertakan skali borang AKUAN PELAJAR...boleh click kat link ni je untuk dapatkan borang...=D nk tengok rupe borang nye...cam kat bawah ni okey...


Lepas semua dah complete...leh la postkan kat alamat PTPTN dan tunggu maklumbalas dari PTPTN:

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Satu lagi perkara yang korang perlu tao...PTPTN tak kan proses permohonan korang...kalau korang ade jumlah tertunggak untuk pembayaran balik pinjaman DIPLOMA...so korang kene la settlekan dulu ape-ape yang patot tu...biasanye jadual pembayaran balik pinjaman DIPLOMA start lepas kita konvo DEGREE... 

Contohnya cam yang dah jadi kat aku la...=D...sepatotnya da kene start bayar balik pinjaman Diploma Jan 2011 sebab aku da konvo Degree Nov 2010.  Bila hantar permohonan penukaran biasiswa yang degree ni..PTPTN cakap aku kene bayar yang tertunggak tu dulu...then baru permohonan aku akan diproses.  Tapi Alhamdullillah...sume dah selesai....cuma prosesnye jadi lama la sikit...so kalau korang nak prosesnye cepat dan selamat...bayar la dulu pinjaman Diploma tu ikut jadual selagi permohonan korang untuk biasiswa Degree ni tak diluluskan....=D dan ingat...permohonan ni boleh dibuat paling lewat pun SETAHUN SELEPAS KONVO.  Aku dah selamat..korang settle kan cepat-cepat okey...=D GOOD LUCK!!!!!

Photobucket

Wednesday, September 28, 2011

Sesuatu untuk dikongsi...=D


Mungkin ramai yang da pernah bace article ni...aku pun da pernah bace sebelum ni...tapi i take it as a reminder for me...dan aku rasa tanggungjawab aku untuk share ngan korang sume...=D.... bace okey...dan cuba la kita juga bantu mereka...lelaki-lelaki ni...yang sayang kita...dan yang kita sayang ni...kita pun bole cuba jaga diri kita...supaya mereka tak menanggung dosa kita..... aku pown selalu kene ingatkan diri sendiri lagi...tapi jom kita cuba jadi wanita yang terbaik untuk mereka...anak yang baik...kakak yang baik...dan isteri yang baik...Amin...insyaAllah....BACA SAMPAI ABIS O.K =D

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Photobucket